Webinar Literasi Kewangan
Rakaman sesi #1 webinar boleh ditonton di bawah atau melalui pautan ini:
https://vimeo.com/571171306
Tip Penting:
- Kepentingan membuat persediaan untuk menghadapi peristiwa yang tidak dijangka seperti tabungan waktu kecemasan, merancang kewangan untuk persaraan dan menjadi celik wang.
- Mengamalkan konsep 4A untuk memperkukuhkan keadaan kewangan – Acknowledge, Analyse, Action and AKPK.
- Bantuan daripada institusi perbankan dan AKPK sentiasa tersedia walaupun selepas tempoh moratorium tamat.
Baca selanjutnya: Soalan dan jawapan tambahan bagi Webinar Literasi Kewangan Sesi 1
Rakaman sesi #2 webinar boleh ditonton di bawah atau melalui pautan ini:
https://vimeo.com/571171297
Tip Penting:
- Setiap individu boleh mengamalkan pengurusan kewangan secara berhemat seperti mendahulukan simpanan dan mempraktikkan penangguhan kehendak (delayed gratification).
- Strategi untuk menguruskan hutang dan mengurangkan kos pinjaman termasuk kaedah snowball dan debt consolidation.
- Bincang dan rancang perkara yang berkaitan dengan kewangan peribadi dan pengurusan wang bersama-sama pasangan dan keluarga.
Rakaman sesi #3 webinar boleh ditonton di bawah atau melalui pautan ini:
https://vimeo.com/571171298
Tip Penting:
- Perlindungan insurans/takaful merupakan bahagian penting dalam pengurusan risiko kewangan peribadi.
- Dapatkan pelan insurans/takaful pada usia muda, utamakan usaha untuk mendapatkan pelan perlindungan terlebih dahulu dan tambah perlindungan berdasarkan situasi peribadi.
- Perlindungan Tenang merupakan pilihan insurans /takaful yang berpatutan.
- Bincang dengan syarikat insurans / pengendali takaful sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk memenuhi komitmen premium/sumbangan.